Wednesday, December 5, 2012

Kembali ke stadium...

Malam tadi setelah sekian lama menyepikan diri dalam arena bola sepak, awok ke stadium perak ipoh untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Emas Raja-Raja edisi ke-72. Ingatkan masuk percuma.. Ghopernye kene bayor daa... Bile tanye di kaunter tu, "cik.. Saya ada kad masuk bermusim 2012, kene bayor jugak ke? Jawabnya.. Bayo jugak bang 5 hengget je.. Sebab ini bukan bawah Pafa katanya.. " sebagai menamatkan bicara, awok pun bayor je la. Apa nak dikira sangatkan, janji buleh masuk tengok bola.

1st half team Perak main memang libang libu dibuatnya, ate mana taknya majoriti pemain dari pasukan presiden deme amik, ada la berapa kerat dari team senior yang awok nampak. Antaranya Failee, itupun Failee jersey 12 tak berapa menjadi main mlm nie. Lemas perut awok nengok dia main. Apa pun pada separuh masa kedua baru sedap sikit permainan pasukan Perak. Gol direct dari luar kotak penalti berjaya dihasilkan oleh pemain Perak Mohd Nasir kalau tak silap awok namanya. Maklumlah tak berapa dengor nama yang disebut oleh Juruacara tadi paseynya awok duduk betul2 belakang geng pukul gendang perak. Naik pekak telinga awok hehe.

Apa pun syabas dan tahniah kepada pasukan Perak kerana berjaya melangkah ke pusingan seterusnya (suku akhir). Kemungkinan akan bertemu pasukan Selangor @ Johor pada 9 Disember ( bertindan dengan game Malaysia vs Thailand ) hari yang sama. Ntah ler mungkin ada perubahan tarikh ke apa ke,wallahu a'lam.

Wokey next post polak.. Cukup ini dulu sebagai pendahuluan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment